Pages

Tuesday 7 October 2014

SIMPLE WORKOUT FOR YOU AND ME VOL. 1.


Saya terpanggil untuk menulis kali ini, mencuba mendekati sebaik yang mungkin berkenaan kesan senaman ringkas dan 'fitness' workout pada kesihatan kita seharian. Saya bukan pakar dalam bidang sukan maupun senaman badan tetapi 'trigger' ataupun serangan penyakit masakini beberapa tahun yang lalu mengajak saya mencuba mendekati sikit-demi sedikit. Cuba renung dan praktikkan gambar di bawah :




Gambar tersebut merangkumi 25 simple WORKOUT yang boleh kita amalkan seharian di rumah selama sekurang-kurangnya 15 minit. Tidak perlu keluar dari rumah, hanya beraksi di depan cermin dalam bilik tidur pun dah boleh mengeluarkan peluh dan 'attack' pada bahagian yang kita nak 'shade' kan.

Tips sebelum bersenam.
1. Jangan mengambil hidangan berat sekurang-kurangnya sejam sebelum bersenam, Nanti susah bergerak dan ada kesan pada bahagian perut.

2. Panaskan badan dulu seperti berlari setempat untuk 5 minit.

Dalam siri pengenalan ini saya amat berterima kasih pada keterangan dan infomasi yang saya dapat di Page Mummy Fitness, salah satu Page yang banyak menyumbang pada gerakan atau workout yang baik dan berkesan untuk pembentukan beberapa bahagian penting wanita.Juga terima kasih dan kredit kepada Diva Fitness Group Ex Showian kerana mempelawa menyertai 'Great Workout' di Dynamic Fitness and Dance Academy di Matang Kuching. 

Anda yang juga mahu sihat dan kelihatan bergaya, jom sertai 'Fun and Attracting Workout' ini bersama kami.






Whatsapp/Contact/SMS: 016 8937256


 TERIMA KASIH DI ATAS KUNJUNGAN ANDA KE BLOG INI.



Thursday 24 July 2014

Harga 'SIHAT'?

Assalamualaikom dan salam sejahtera, semuga semua sihat.


Persoalan yang tidak pernah kita dengar orang bertanya 'berapa harga untuk menjadi sihat? Bagi orang yang sihat, bersyukur dan berterima kasih lah di atas kurnian dan nikmat Allah untuk sentiasa sihat.Bagi yang menderita sakit atau baru sahaja mengidap sakit-sakit kronik, adalah satu kemestian jika mereka merasakan betapa nikmatnya di masa masih sihat dan jika dapat di ulangi masa sihat itu alangkah nikmatnya menjalani hidup seharian.

Jom kita merenung satu cerita. Saya ada seorang kawan yang mengidap sakit sendi di bahagian punggung akibat dari mengangkat air yang sangat berat dan tiba-tiba bergeliat bahagian punggung sebelah kanan beliau. Di kampung beliau, kepayahan untuk mendapatkan air yang bersih adalah masalah besar menyebabkan beliau dan penduduk kampung terpaksa mengangkut air menggunakan baldi sehingga berkali-kali untuk mengisi air dari paip di luar rumah ke dalam bilik mandi dan juga ke dapur.

Nak dijadikan cerita, beliau telah membuat x -ray ke atas bahagian punggung yang sakit dan membuatkan beliau tidak dapat berjalan tersebut dan doktor mengesahkan tiada keretakan pada bahagian tersebut. Hanya ubat sahaja yang diberi oleh hospital dan dinasihatkan untuk datang temujanji untuk kali kedua untuk membuat Scan MRI 2 bulan berikutnya.

Dalam masa menunggu untuk Scan MRI, beliau telah pergi mengurut beberapa kali dan tidak mengira samada urutan itu dilakukan oleh pakar atau tidak. Selepas itu, beliau menemui saya dan meminta berjumpa kawan saya bernama Abang Ibrahim, seorang ahli perubatan pakar dalam bidang otot dan urat saraf. Saya setuju membawa beliau kepada Abang Ibrahim untuk apa-apa 'treatment' yang dapat membantu beliau supaya dapat berjalan semula ataupun sekurang-kurangnya dapat mengurangkan sakit beliau. Saya menasihati beliau apa salahnya mencuba senaman ringan untuk melembutkan urat saraf yang sakit itu dan amalkan pemakanan sihat. Saya syorkan mengambil produk Shaklee ESP dan Ostematrix untuk membina otot dan sendi yang cedera dan membantu tulang agar dapat khasiat yang sepatutunya. Beliau hanya tersenyum dan tidak pun ada tindakbalas kepada saranan saya. Mengapa saya berani syorkan saranan sedemikian? Saya sebenarnya pernah mengidap simptom begitu selama sebulan dan saya berjumpa beberapa doktor juga setelah membuat X-ray. Apabila keputusan X-ray saya normal dan di dapati tiada retak pada bahagian yang sakit, saya telah mengambil beberapa suplimen Shaklee seperti ESP, Lecithin, Alfalfa dan Ostematrix. Disamping itu, saya mengurut sekali sahaja untuk melembutkan urat tersebut, namun bila keputusannya saya masih tidak boleh berjalan dengan selesa selepas di urut, saya berhenti mengurut dan pergi mencari pusat senaman aerobik. Pertama kali bersenam, memanglah saya rasa sangat sakit dan seperti hendak  'give up' tapi fokus saya kepada hendak dan mesti sihat sehingga dapat berjalan dan bergerak dengan normal akan 100% saya usahakan dalam masa sebulan. Alhamdulillah saya berjaya mencpai hasrat saya dan kembali bergerak normal seperti sediakala sebulan selepas itu.

Berbalik kepada cerita kawan saya tadi, pada masa saya menulis artikel ini, beliau telah mengidap sakit tersebut lebih dari 7 bulan. Dari Januari 2014, beliau mula-mula merasa sakit sikit-sikit, beliau tidak mahu mengikut saranan kita yang pernah mengidap simptom yang sama. Semasa bertemu dengan Abang Ibrahim, beliau sudah pun tahap teruk menanggung kesakitan dan Abang Ibrahim mengatakan tisu-tisu bahagian punggung beliau telah cedera teruk akibat urutan terlampau kerap dan oleh tukang urut yang bukan yang pakar bidang tersebut. Apabila di bekam pula, darah bahagian tersebut tidak keluar dan anggota bahagian yang sakit itu sangat sejuk menandakan darah beliau tidak mengalir dengan normal disebabkan urat sarat yang telah mengeras dan tidak dapat berfungsi mengalir darah seperti biasa. Disebabkan itu, beliau tidak dapat bergerak normal, hanya berbaring dan merasa sangat sakit apabila mengerakkan badan keseluruhannya. Apa yang paling membimbangkan ialah apabila Abang Ibrahim mengatakan yang beliau akan-akan nanti boleh lumpuh sebelah badan jika tidak dirawat dengan betul, tidak memulakan bersenam dan makan pemakan yang dapat membina otot dan sendi mulai dari saat itu.(Jika saya, memang saya mengigil kepala lutut bila sebut bab lumpuh ni).Cerita kita berhenti setakat ini dahulu...

Daripada cerita ini, kita boleh membuat kesimpulan bahawa, kadang-kadang bila kita mengidap sesuatu penyakit, kita tidak boleh berkira sangat untuk mengeluarkan belanja atau usaha yang dapat menyembuhkan atau mengurangkan penyakit kita. Kita mesti mencuba dan jangan kedekut untuk membantu diri sendiri untuk HARGA sebuah kesihatan yang kita impikan. Saya tidak mahu menyebut berapa saya telah berhabis untuk sihat kali ini tapi saya tidak pun ingat berapa banyak wang, masa dan tenaga yang saya curahkan untuk kembali bergerak dan menjalani kativiti normal saya.

Kenapa kita mesti terbaring menunggu SIHAT datang atau kembali kepada kita sedangkan kita hanya termenung dan gigit jari juga menitis air mata menanggung derita sakit yang tiada pengujungnya.

 :
Di sempatan ini biar saya terangkan kenapa saya mengambil ESP, Lecithin, Alfalfa dan Ostematrix?




ESP

Energizing Soy Protein Shaklee telah diiktiraf di seluruh dunia dengan menjalankan kajian klinikal yang paling banyak ke atas produk dan protein kualiti tinggi yang diperbuat daripada tumbuh-tumbuhan. Ia mengandungi hanya kacang soya non-GMO (tidak diubahsuai secara genetik) yang diproses di bawah suhu rendah. Selain itu, setiap tin 1kg ESP berasal dari 30 kg kacang soya dan ia adalah booster tenaga segera yang boleh bertahan selama berjam-jam.


Energizing Soy Protein Shaklee mengandungi 22 jenis asid amino dan ia adalah satu-satunya produk di pasaran yang menyediakan 9 asid amino penting yang tidak boleh dihasilkan oleh badan manusia. Ia adalah sesuai untuk semua peringkat umur – tua atu muda.



Protein kacang soya adalah dua kali lebih dari daging, 4 kali lebih dari telur, 12 kali lebih dari susu. Ia juga rendah lemak, rendah kolesterol dan mudah diserap oleh badan manusia.


Apakah kebaikan mengambil Energizing Soy Protein Shaklee yang utama:


Kekal Muda – Asid Amino membina otot manusia, kuku, rambut, darah, organ, kulit, kelenjar, 50,000 jenis protein, 20,000 jenis enzim dan lain-lain. Pengambilan Energizing Soy Protein Shaklee adalah pintu kepada jawapan untuk mengekalkan kulit muda dan otot serta memastikan kita sentiasa bertenaga.


Hormon Berasaskan Tumbuhan Semulajadi – kacang soya adalah tumbuhan yang hanya kaya dalam isoflavon yang sama dengan fungsi hormon wanita. Ia membantu dalam mengurangkan paras kolesterol dan mencegah osteoporosis dan penyakit jantung.


Memulihkan Fungsi Prostat Lelaki - genistein dalam kacang soya telah membuktikan bahawa ia mempunyai keupayaan untuk menghalang pertumbuhan dan mencegah sel kanser daripada merebak. Ia memusnahkan radikal bebas dalam sel-sel kita sebelum radikal bebas bermutasi DNA sel-sel menjadi sel-sel kanser. Ia juga menjaga rahim dan ovari, kitaran haid dan prostat.


Kulit berseri dan anjal – Merangsang regenerasi kulit dan otot, memulihkan kedutan, sebagai anti-penuaan, mengembalikan keserian kulit dan kelembutan-lembutan otot, sekali gus mempercepatkan pemulihan luka danmenghilangkan parut.


Pemberi tenaga segera – Membekalkan tenaga segera dan meningkatkan sistem imun, dengan itu ia memulihkan keletihan, migrain, insomnia dan tekanan gejala yang berkaitan seperti kemurungan, kebimbangan, ketakutan, dll.


Memulihkan Pigmentasi – Melambatkan proses uban, rambut gugur, masalah keadaan rambut, pigmentasi, freckles.


Memperbaiki Memori – Menguatkan ingatan, kecergasan, keupayaan seksual, dan sebagainya.


Alfalfa Complex



Alfalfa Sahklee merupakan produk pertama sekali yang dicipta oleh Dr. Forrest C Shaklee pada tahun 1950an. Maka Alfalfa Shaklee merupakan produk signature Shaklee Corporation.

Kenapa  Dr. Shaklee memilih Alfalfa Shaklee sebagai supplement pertama? Ia adalah disebabkan Alfalfa merupakan herba tradisional masyarakat orang putih dan mereka menggunakan Alfalfa untuk pelbagai jenis keadaan kesihatan terutamanya bagi wanita selepas bersalin. Oleh sebab Alfalfa mempunyai banyak kebaikkan kepada wanita, lelaki dan kanak-kanak maka Dr. Shaklee merumuskan formula Alfalfa menjadi supplement Alfalfa Shaklee yang sangat-sangat memberi manfaat kepada jutaan manusia.

Apakah Kebaikkan Memakan Alfalfa?

1. Kaya dengan vitamin dan mineral
    Alfalfa Shaklee Mengandungi vitamin B, C, E dan K dalam jumlah yang seimbang. 

    Mengandungi mineral Kalsium, Magnesium, Kalium, Fosforus dan Zat Besi. Alfalfa.

    Shaklee turut mengandungi, Flourida, Protein, Mineral Surih, Serat, Asid Lemak dan Antioksidan.

2. Alfalfa bermanfaat dalam penyerapan protien, dan karbohidrat.

3. Alfalfa juga bertindak sebagai pembersih darah



20 Manfaat Alfalfa Kepada Kesihatan

1.    Merawat gangguan pencernaan
2.    Mengawal kolestrol dalam darah
3.    Menghapuskan kolestrol buruk 'LDL' dari tubuh
4.    Mengurangkan risiko penyakit jantung dan strok
5.  Bagus untuk pesakit diabetes kerana mengurangkan paras gula dalam darah
6.    Mencegah edema - Pengumpulan air dalam badan
7.    Mengurangkan simptom menopous
8.    Merawat asthma dan lain-lain masalah pernafasan
9.    Merawat masalah sembelit
10.  Menyahkan toksik dalam tubuh
11.  Mengurangkan kesakitan otot dan sendi
12.  Meningkatkan sistem pertahanan tubuh
13.  Membantu masalah penghadaman
14.  Membantu memperbanyakkan susu ibu
15.  Mengurangkan masalah pundi kencing
16.  Mengurangkan masalah gastrik dan gangguan hati
17.  Meningkatkan kesihatan prostat
18.  Bertindak seperti kacip fatimah kepada wanita
19.  Menghangatkan hubungan suami isteri
20.  Membantu tingkatkan kesihatan lelaki



Kenapa saya katakan Alfalfa Shaklee istimewa?

1.  Sumber terbaik dari daun alfalfa (tanpa akar dan batang)
2.  Alfalfa Shaklee ditanam tanpa semburan bahan kimia
3.  Di sediakan dalam dua pek bersaiz 330 biji dan 700 biji  
4. Pil boleh dihancurkan dan dicampur dengan air sebagai minuman herba semulajadi
5. Tidak memberi mudarat kepada bayi yang menyusu seperti panas dan cirit-birit
6. Alfalfa Shaklee tiada perasa tiruan, pemanis, pewarna dan pengawet tiruan.
7.  Membersihkan hati
8.  Membantu melengkapakan zat dan nutrient dalam pemakanan kita.






Lecithin

Lecitin dinamakan “pengemulsi semulajadi” kerana ia mempunyai kesan ‘melekat pada lemak’….dalam kata ringkasnya,ia menyebabkan lemak tu ‘terapung’ dalam darah…dan seterusnya mencegah lemak dari melekat pada dinding membran.

Khasiat dan Kebaikan Lecithin

1.Bertindak sebagai pelarut utk kolesterol, triglycerides dan lemak-lemak yang lain. 

2. Mencegah penyakit-penyakit seperti high blood pressure, stroke, heart disease, arteri yg mengeras. 

3. Bertindak mengemulsikan lemak (memecahkan lemak).

4. Memainkan peranan utama dalam penyerapan zat-zat penting dari saluran darah ke dalam sel-sel badan.

5.Membantu mengurangkan atau mencegah penyakit berkaitan hati. 

6.Membantu sistem imunisasi dengan membalut sel darah merah kita dan seterusnya memberi perlindungan dari serangan virus,germs,bakteria.

7. Melindungi sel dari teroksida. 

8. Sebagai makanan otak dan saraf.

9. Mampu mengurangkan atau mencegah senility (nyanyuk) atau Alzheimer’s disease. 

10. Sumber hormon neurotransmitter di mana ia menggalakkan proses tidur. 

11. Bertindak sebagai pelincir bagi sendi2 (joint) dan membantu dalam penjagaan tisu buah pinggang &  sistem penghadaman.

12.Zat utk kecantikan,  ianya perlu dalam menghasilkan rambut yg sihat, cantik berkilat, kulit yang lembut gebu dan juga dalam mencegah eczema. 

13. Diperlukan untuk penghasilan pelbagai hormon seperti epinephrine.


Ostematrix - Membantu Mengurangkan Risiko Osteoporosis

Kalsium dan Vitamin D yang mencukupi sepanjang hayat yang merupakan sebahagian daripada diet yang seimbang berupaya mengurangkan risiko osteoporosis. Sebagai tambahan bagi membina tulang dan gigi yang kuat, nutrisi yang terdapat di dalam OsteMatrix berupaya:1. Membantu mengekalkan tekanan darah yang normal2. Membantu dalam pengecutan otot dan pelancaran saraf

1.Menolong mengurangkan simptom-simptom senggugut seperti perut kembung, kekejangan, retensi air, mudah eradang dan kemurungan

2.Ostematrix Membekalkan:
  • 4. 1,000 mg (100% DV) unsur kalsium daripada sumber-sumber yang mempunyai tahapkepekatan yang tinggi dan mudah diserap dari alam semula jadi
  • 400 mg (100% DV) magnesium untuk membantu menggabungkan kalsium ke dalamtulang serta menguatkannya
  • 400 IU (100% DV) vitamin D untuk merangsang penyerapan kalsium
Kaplets bersalut yang mudah ditelan

Sajian harian hanyalah sebanyak empat kaplet. Untuk hasil yang lebih baik, ambil dua biji kaplet, dua kali sehari berserta makanan.


Demikianlah, dihuraikan sedikit sebanyak beberapa produk yang anda boleh cuba jika inginkan penyelesaian kepada masalah di atas. Juga sila berhubung dengan saya untuk info lanjut berkenaan set penyelesaian yag lain contohnya :

1. Set Berpantang/ Pembedahan
2. Set Sepanjang Kehamilan
3. Set Kesuburan Wanita dan Lelaki
4. Set Resdung, Asma, Alergi dan Eczema
5. Set Penyusuan
6. Set Kecantikan
7. Set Kurus
8. Set Kecantikan


Whatsapp/Contact/SMS: 016 8937256
Shaklee Membership ID: 1105549
Kawasan COD: Kuching & Bahagian Kedua Sarawak

 TERIMA KASIH DI ATAS KUNJUNGAN ANDA KE BLOG INI.

Wednesday 23 July 2014

Apa perubahan besar anda Ramadhan ini?


Ramadhan 2014 ni dah nak berlalu. 3 hari lagi kita akan meraikan Hari Raya Aidilfitri. Dikesempatan ini saya mengamil kesempatan mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR DAN BATIN.

Jom renungkan apa yang kita puas hati tentang pencapaian kita di bulan puasa tahun ini.
1. Adakah kita lebih banyak beribadat?
2. Adakah kita lebih menjaga puasa kita kepada puasa yang lebih bermakna di mata Allah SWT?
3. Adakah kita tamat berpuasa dengan kesihatan yang bertahap maksima?
4. Tadarus kita macam mana?
5. Terawih kita istiqamah ke?
6. Adakah kita telah membayar zakat fitrah dan membelanja sedikit dari rezeki untuk bahagiakan hati isteri,suami dan anak-anak maupun kedua ibu bapa kita?

Bermacam-macam senarai pendek yang kita dapat buat dan renungkan kali ini. Diharap puasa kali ini lebih bermakna dan mendapat ganjaran yang sebaiknya dari Allah SWT.

Pada saya,  Ramadhan kali ini amat bermakna dan rasanya macam sekejap jer dah nak berlalu. Hanya Allah tahu apa sebenarnya yang membuat saya amat teruja sepanjang Ramadhan ini. Nak tahu kenapa?

1.Saya sihat
Alhamdulillah, Ramadhan ini saya dikurniakan kesihatan yang membolehkan saya tenang dan selesa berpuasa tanpa menghidap gastrik dan pening yang teruk. Tips nya, saya sudah bersedia mencari penyelesaian kepada masalah kesihatan saya daripada bulan Januari 2014 lagi. Seolah-olah saya akan berperang, begitulah saya mencari, membeli dan mengguna suplimen supaya saya sentiasa kekal sihat dan cergas tak kira bulan puasa sahaja,malahan sepanjang masa. Saya ambil dari asas iaitu membuang toksin dulu, lepas tu buang lemak dan akhirnya kepada penyesaian kepada slim dan cantik. begitulah tekun nya saya menjaga diri dan kesihatan juga pakej cantik dari awal 2014..hehe...istiqamah tu penting untuk sihat dan cantik.

2.Lapang dalam beribadah.
Ibadah di sini ada dua segi; kewajiban dunia dan kewajiban kepada Allah. Saya amat terharu bila saya sihat dan dapat menjalani kewajiban kerja dan ibadat kepada Allah SWT dengan tenang dan selesa. Apa yang lebih mengembirakan jika dapat fokus berkerja di pejabat tanpa ada rasa pening, demam dan lain-lain masalah kesihatan yang mungkin menganggu konsenterasi bekerja. Ditambah lagi ada di kalangan kawan-kawan yang menegur 'awak nampak lain lah sekarang'...tak seronok ke bila orang ikhlas memuji? Seronok kan? Bila solat pula, lupa pula yang saya selama ini sakit lutut dan pergerakkan dalam solat tu dah licin jer tanpa perlu perlahankan pergerakan terutama bila ruku' dan bangun dari duduk antara dua sujud. Tak lupa saya ucapkan syukur atas segala nikmat ini.

3.Masyuk.$..
Zaman ni orang suka guna istilah masyuk yer untuk murah rezeki atau dapat duit memanjang. sepanjang bulan Ramadhan kali ini saya mendapat lebih lagi rezeki yang masuk poket saya. nak tau apa saya buat; saya perbagaikan usaha saya dengan membantu suami di sekolah memandu beliau, saya banyak kan promosi Shaklee saya, kemudian saya ada lagi jualan insuran kenderaan saya....yang agak banyak menyumbang rezeki saya ialah Shaklee... pertengahan bulan dapat bonus selain dari jualan runcit untuk setiap jualan produk. JIka ada yang rasa teruja nak cuba, jangan lupa ya hubungi saya di link di bawah. Saya menjamin anda akan teruja membuat sesuatu yang anda tak pernah buat jika disertai dengan niat yang baik dan perasaan 'GHAIRAH' berusaha seperti kata salah seorang jutawan Malaysia kita.Saya lupa nama beliau tapi takpa yang penting, ingat tips hangat beliau tu.

4. Rajin berdoa impian yang BESAR-BESAR.
Tak tau pulak perubahan kali ini, saya rasa macam impian besar tu tak salah diminta pada Allah SWT jika berusaha dan berdoa dengan sungguh-sungguh. Dah saya kata tadi kan, selesa solat tu tunjang kepada amalan sunat yang lain. Selain dari 5 waktu solat tu, kerjakan juga solat sunat yang lain terutama nya Solat sunat Dhuha. Amat besar fazilat dan ganjarannya terutama bab pengisian diri dan meminta rezeki. Jadi, jom, isikan masa yang ada dengan perbanyakkan solat sunat, zikir dan pengisian hati supaya hati tenang dan rezeki masuk lebih kencang...macam mana?senang jer kan, usaha tawakal dan berdoa supaya dipermudahkan dan selebihnya biarlah Allah yang uruskan.

Sebelum mengakhiri luahan diri pada Ramadhan kali ini, saya menyeru rakan-rakan yang diluar sana, jika susah dan tak tau nak ubah hidup, jom sertai group Shaklee kami untuk mencari rezeki yang berkat dan sambil memperbaiki diri kita sebagai khalifah di mukabumi. Mencari rezeki halal dan lebih itu amat di tuntut dan Nabi besar kita SAW tidak menggalakkan kita meminta-minta.

Dengan ini saya akhiri dengan wabillahi taufik wal hidayah dan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR BATIN.




Untuk pesanan online, sila klik :http://goo.gl/u6CJFa

Fb:https://www.facebook.com/whl.wba 
Whatsapp/Contact/SMS: 016 8937256
Shaklee Membership ID: 1105549
Kawasan COD: Kuching & Bahagian Kedua Sarawak

 TERIMA KASIH DI ATAS KUNJUNGAN ANDA KE BLOG INI.

Thursday 17 July 2014

2 layer ESPcheese cake, 20 mnt baking!

Suka kan kek lapis?

Jom kita tengok kek lapis yang sangat mudah disediakan.
(Gambar hiasan)



Bahan-bahan
1 tin susu pekat 505gm
2 paket biskut cheese
2 ketul cream cheese
1/2 cawan ESP

Cara-cara

  1. Blendkan susu pekat bersama 2 ketul cheese tu.
  2. Ambil sedikit bahan 1 tadi ke dalam loyang yang sederhana besar (8 x 8 ke) dan ratakan adunan agak-agak 1cm tinggi dan susun biskut cheese mendatar sehingga menutup adunan 1 tadi. 
  3. Taburkan serbuk ESP di atas susunan roti tadi.
  4. Ulang langkah 2 dan 3 untuk lapisan seterusnya sehingga habis.
  5. selesai jer melapis, masukkan adunan kek lapis dalam peti sejuk dan boleh di potong apabila sejuk
  6. Selamat menjamu selera dengan kek lapis '2 Layer ESPcheese cake'

Mudah kan?
contoh biskut cheese :

Cheese_crackers

Untuk mendapatkan ESP tu, sila kontek di sini.



Energizing Soy Protein (ESP)




Sebarang maklumat lanjut atau tempahan, sila hubungi saya:
Whatsapp/Contact/SMS: 016 8937256
Shaklee Membership ID: 1105549
Kawasan COD: Kuching & Bahagian Kedua Sarawak

 TERIMA KASIH DI ATAS KUNJUNGAN ANDA KE BLOG 


Monday 7 July 2014

Pembelian Online, Dijamin Telus dan Selamat dari Penipuan.

Jika nak senang dan membeli produk Shaklee secara online, sila ke link di bawah:

http://goo.gl/HzQEo8

Kemudahan ini dijamin ;

  1. Mudah dan selamat dari penipuan apabila transaksi bayaran telah diklik.
  2. Penghantaran secara terus ke premis pembelian, tidak perlu lagi pengahantaran secara manual oleh      pengedar kepada pelanggan.
  3. Pembelian senang, hanya klik di hujung jari.
  4. Pelanggan boleh memilih sendiri produk yang di ingini secara terus.
Jika memerlukan bantuan lanjut, sila hubungi saya di link di bawah. Saya sedia membantu anda dalam apa jua keperluan berkaitan pembelian anda. Di kesempatan ini, saya mengucapkan selamat menjalani ibadah puasa dan bagi yang sudah pun mengambil set 'Mighty 3 Gems' seperti gambar di bawah, saya mengucapkan selamat berpuasa dan alhamdulillah jika anda semakin sihat dan bertenaga. Anda memang orang yang mementingkan kesihatan dan hebat dalam menjalani ibadah seharian.






Whatsapp/Contact/SMS: 016 8937256
Shaklee Membership ID: 1105549
Kawasan COD: Kuching & Bahagian Kedua Sarawak

 TERIMA KASIH DI ATAS KUNJUNGAN ANDA KE BLOG INI.