Pages

Wednesday 23 July 2014

Apa perubahan besar anda Ramadhan ini?


Ramadhan 2014 ni dah nak berlalu. 3 hari lagi kita akan meraikan Hari Raya Aidilfitri. Dikesempatan ini saya mengamil kesempatan mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR DAN BATIN.

Jom renungkan apa yang kita puas hati tentang pencapaian kita di bulan puasa tahun ini.
1. Adakah kita lebih banyak beribadat?
2. Adakah kita lebih menjaga puasa kita kepada puasa yang lebih bermakna di mata Allah SWT?
3. Adakah kita tamat berpuasa dengan kesihatan yang bertahap maksima?
4. Tadarus kita macam mana?
5. Terawih kita istiqamah ke?
6. Adakah kita telah membayar zakat fitrah dan membelanja sedikit dari rezeki untuk bahagiakan hati isteri,suami dan anak-anak maupun kedua ibu bapa kita?

Bermacam-macam senarai pendek yang kita dapat buat dan renungkan kali ini. Diharap puasa kali ini lebih bermakna dan mendapat ganjaran yang sebaiknya dari Allah SWT.

Pada saya,  Ramadhan kali ini amat bermakna dan rasanya macam sekejap jer dah nak berlalu. Hanya Allah tahu apa sebenarnya yang membuat saya amat teruja sepanjang Ramadhan ini. Nak tahu kenapa?

1.Saya sihat
Alhamdulillah, Ramadhan ini saya dikurniakan kesihatan yang membolehkan saya tenang dan selesa berpuasa tanpa menghidap gastrik dan pening yang teruk. Tips nya, saya sudah bersedia mencari penyelesaian kepada masalah kesihatan saya daripada bulan Januari 2014 lagi. Seolah-olah saya akan berperang, begitulah saya mencari, membeli dan mengguna suplimen supaya saya sentiasa kekal sihat dan cergas tak kira bulan puasa sahaja,malahan sepanjang masa. Saya ambil dari asas iaitu membuang toksin dulu, lepas tu buang lemak dan akhirnya kepada penyesaian kepada slim dan cantik. begitulah tekun nya saya menjaga diri dan kesihatan juga pakej cantik dari awal 2014..hehe...istiqamah tu penting untuk sihat dan cantik.

2.Lapang dalam beribadah.
Ibadah di sini ada dua segi; kewajiban dunia dan kewajiban kepada Allah. Saya amat terharu bila saya sihat dan dapat menjalani kewajiban kerja dan ibadat kepada Allah SWT dengan tenang dan selesa. Apa yang lebih mengembirakan jika dapat fokus berkerja di pejabat tanpa ada rasa pening, demam dan lain-lain masalah kesihatan yang mungkin menganggu konsenterasi bekerja. Ditambah lagi ada di kalangan kawan-kawan yang menegur 'awak nampak lain lah sekarang'...tak seronok ke bila orang ikhlas memuji? Seronok kan? Bila solat pula, lupa pula yang saya selama ini sakit lutut dan pergerakkan dalam solat tu dah licin jer tanpa perlu perlahankan pergerakan terutama bila ruku' dan bangun dari duduk antara dua sujud. Tak lupa saya ucapkan syukur atas segala nikmat ini.

3.Masyuk.$..
Zaman ni orang suka guna istilah masyuk yer untuk murah rezeki atau dapat duit memanjang. sepanjang bulan Ramadhan kali ini saya mendapat lebih lagi rezeki yang masuk poket saya. nak tau apa saya buat; saya perbagaikan usaha saya dengan membantu suami di sekolah memandu beliau, saya banyak kan promosi Shaklee saya, kemudian saya ada lagi jualan insuran kenderaan saya....yang agak banyak menyumbang rezeki saya ialah Shaklee... pertengahan bulan dapat bonus selain dari jualan runcit untuk setiap jualan produk. JIka ada yang rasa teruja nak cuba, jangan lupa ya hubungi saya di link di bawah. Saya menjamin anda akan teruja membuat sesuatu yang anda tak pernah buat jika disertai dengan niat yang baik dan perasaan 'GHAIRAH' berusaha seperti kata salah seorang jutawan Malaysia kita.Saya lupa nama beliau tapi takpa yang penting, ingat tips hangat beliau tu.

4. Rajin berdoa impian yang BESAR-BESAR.
Tak tau pulak perubahan kali ini, saya rasa macam impian besar tu tak salah diminta pada Allah SWT jika berusaha dan berdoa dengan sungguh-sungguh. Dah saya kata tadi kan, selesa solat tu tunjang kepada amalan sunat yang lain. Selain dari 5 waktu solat tu, kerjakan juga solat sunat yang lain terutama nya Solat sunat Dhuha. Amat besar fazilat dan ganjarannya terutama bab pengisian diri dan meminta rezeki. Jadi, jom, isikan masa yang ada dengan perbanyakkan solat sunat, zikir dan pengisian hati supaya hati tenang dan rezeki masuk lebih kencang...macam mana?senang jer kan, usaha tawakal dan berdoa supaya dipermudahkan dan selebihnya biarlah Allah yang uruskan.

Sebelum mengakhiri luahan diri pada Ramadhan kali ini, saya menyeru rakan-rakan yang diluar sana, jika susah dan tak tau nak ubah hidup, jom sertai group Shaklee kami untuk mencari rezeki yang berkat dan sambil memperbaiki diri kita sebagai khalifah di mukabumi. Mencari rezeki halal dan lebih itu amat di tuntut dan Nabi besar kita SAW tidak menggalakkan kita meminta-minta.

Dengan ini saya akhiri dengan wabillahi taufik wal hidayah dan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR BATIN.




Untuk pesanan online, sila klik :http://goo.gl/u6CJFa

Fb:https://www.facebook.com/whl.wba 
Whatsapp/Contact/SMS: 016 8937256
Shaklee Membership ID: 1105549
Kawasan COD: Kuching & Bahagian Kedua Sarawak

 TERIMA KASIH DI ATAS KUNJUNGAN ANDA KE BLOG INI.

No comments:

Post a Comment