Pages

Tuesday 1 July 2014

Gastrik Tapi Dapat Berpuasa?Bagaimana?

Mengidap gastrik yang teruk, biasanya menjadi punca kita berfikir kepayahan  untuk berpuasa dan apalagi untuk tidak makan dan minum sepanjang 12 jam atau lebih di bulan Ramadhan.

Tetapi, tahukah anda bahawa betapa baiknya faedah dari berpuasa itu dari segi kesihatan dan rohani seseorang, yang kita kadang-kadang terlepas pandang. Jom kita kupas balik kebaikan berpuasa :

Sesungguhnya setiap suruhan dan larangan Allah itu tidak sia-sia. Malah dihiasi dengan seribu satu kebaikan bagi mereka yang sentiasa mengkaji dan menginsafi setiap kejadian alam. Sebagai umat yang berpegang kepada syariat-Nya, kita dituntut supaya sentiasa mengkaji hikmah di sebalik kejadian dan suruhan Allah. Maka, ilmu sains dapat memberikan kita penjelasan yang lebih mendalam bagi memahami hikmah bagi setiap kejadian seterusnya meningkatkan keimanan terhadap Alah S.W.T.

Seluruh pakar perubatan telah bersetuju bahawa kantung perut yang penuh disebabkan banyak makan adalah punca utama kepada bermacam-macam penyakit terutamanya kegendutan yang menyebabkan timbulnya sub penyakit lain. Maka, puasa adalah satu-satunya cara yang dapat memelihara anggota badan daripada semua penyakit kerana melaluinya unsur-unsur racun di dalam makanan dapat dineutralkan setelah berpadu di antara satu sama lain. Dalam bidang perubatan, kesan lapar adalah lebih baik daripada penggunaan ubat secara berterusan. Manusia digalakkan berpuasa walaupun tidak menghadapi sebarang penyakit. Ini kerana ia dapat membersihkan badan dari racun-racun yang berkumpul di dalamnya.

Selain itu, Dr. Hisyam Ibrahim Al-Khatib, dalam kitab ‘Al-Wafiz Fi Al-Tib’ menjelaskan puasa juga telah memberi peluang kepada organ-organ di dalam tubuh badan untuk memperbetulkan semula sistem penghadaman. Pengambilan makanan yang tidak terkawal atau lebih daripada kadar keperluan badan juga menyebabkan sistem yang bertindak mengawal badan terpaksa bekerja lebih kuat bagi mengimbangi seluruh pergerakan badan. Oleh itu, penyakit-penyakit seperti seperti tekanan darah tinggi, pertambahan lemak dan peningkatan gula dalam darah amat mudah menyerang dan melemahkan kekuatan badan seseorang individu. Jadi, berpuasa adalah jalan terbaik bagi memulihkannya kerana dengannya wujud satu sistem baru dalam badan yang bertindak mematikan sel-sel lama untuk digantikan dengan sel-sel baru yang lebih baik dan bertenaga.

Amalan puasa terutamanya puasa Ramadhan merupakan amalan baik bagi mereka yang ingin menurunkan berat badan sehingga mencapai ke satu tahap yang dikehendaki. Ditambah pula jika ia diteruskan dengan perlaksanaan puasa sunat seperti berpuasa di bulan Rejab dan Syaaban seterusnya Isnin dan Khamis. Nescaya akan terpeliharalah tahap kesihatan seseorang.

Dr. Samir Abbas Malik Abdul Aziz, seorang pakar perubatan Islam dari Arab Saudi telah melakukan eksperimen terhadap 21 penduduk tentang kesan puasa pada kesuburan lelaki. Hasilnya didapati puasa adalah satu cara yang amat berkesan untuk menghasilkan benih dan pertumbuhan kesuburan. Dari sudut kesuburan seorang wanita, puasa juga merupakan satu cara yang dapat mengurangkan kesan hormon broloktin yang menyebabkan kemandulan.

Puasa dapat menghakis ketagihan merokok, seterusnya sebagai permulaan yang baik bagi individu yang merokok untuk menamatkan perbuatan membazir dan memudharatkan itu. Jika dilihat, apabila seseorang perokok itu berpuasa, maka dengan keimanan yang ada ia telah mampu mengawal ketagihannya sehingga waktu berbuka.

Dari sini dapat disimpulkan bahawa puasa dapat merehatkan sistem tubuh dan dapat mengelakkan penyakit-penyakit seperti kencing manis, tekanan darah tinggi dan kegendutan. Selain itu, ini merupakan cara terbaik bagi mengurangkan berat badan daripada mengambil pil-pil pelangsing yang mungkin boleh mendatangkan risiko pada tubuh badan. Secara tidak langsung, amalan-amalan seperti ketagihan merokok, dadah dan minuman keras yang boleh membawa kerosakan di dalam badan dapat dihakis.

Keseluruhannya, puasa dapat mendidik tubuh badan untuk mengambil makanan sekadar keperluan sahaja. Seterusnya ia juga dapat melambatkan proses penuaan, membantu proses perkumuhan, menyingkirkan racun di dalam badan dan yang paling menarik sekali ialah dapat menambahkan nikmat dan kelazatan makanan setelah sehari suntuk menahan diri dari makan dan minum. Hebatnya segala syariat yang telah ditetapkan kepada hamba-hambaNya, ayuh kita perjuangkan kedaulatan segala syariat Allah.
Ihsan Mimbar Ulama

(Credit to : iskandar zulkarnain.blogspot.com)

Saya sendiri adalah pengidap gastrik yang teruk dan saya sedaya upaya untuk berpuasa. Tidak salah berbelanja sedikit atau yang termampu untuk menjalani ibadah puasa. KIta ketepikan perasaan kita yang merasakan jika berpuasa, gastrik kita akan bertambah teruk. Ini adalah gambaran pemikiran kita yang merugikan diri sendiri dan apabila usia semakin meningkat kesihatan kita makin merosot dan kita pula mencari-cari cara melawan atau merawat penyakit. Saranan mengawal penyakit adalah lebih baik dari mengubati amatlah bermakna jika kita mulakan langkah dari sekarang untuk mencuba berpuasa dan mengamalkan aktiviti dan pemakanan yang sihat.

Untuk keterangan lanjut, di sini saya sertakan saranan yang dapat membantu untuk mengurangkan gastrik samada ketika hari- hari biasa ataupun puasa. Tips nya ialah :

1. Makan ikut keperluan aktiviti dan kalori yang mencukupi.

2.Minum air putih 3 liter sehari.

3. Senaman sekurang-kurangnya 20 minit sehari, 3 kali atau lebih seminggu.

4. Ambil suplimen yang sesuai untuk badan.Untuk langkah ke 4 ini, saya cadangkan beberapa suplimen yang boleh dicuba untuk membantu mendapatkan kesihatan yang optimum ketika berpuasa maupun seharian.

  • PERFORMACE DRINK: mengekalkan air dalam badan dan menbantu mencegah penhidratan.
  • VITALEA: menentukan anda mendapat vitamin dan zat galian yang lengkap walaupun berpuasa dan membantu fungsi badan.
  • B COMPLEX: menukarkan bahan kepada tenaga dan membantu proses metabolism badan
  • VITAMIN C: menguatkan antibody dan bantu dari serangan penyakit
  • ENERGIZING SOY PROTEIN:sumber protein yang sihat untuk pembinaan tubuh berterusan, memberi tenaga untuk kecergasan, memberi rasa kenyang, membantu penyusuan ibu.
Sebarang maklumat lanjut atau tempahan, sila hubungi saya:
SID1 300x187 SHAKLEE DISTRIBUTOR DI KAWASAN ANDA
Whatsapp/Contact/SMS: 016 8937256
Shaklee Membership ID: 1105549
Kawasan COD: Kuching & Bahagian Kedua Sarawak




No comments:

Post a Comment